Kertas kerja kolaborasi bersama tm • 1. PENGENALAN Malaysia bakal menyambut 56 tahun kemerdekaannya pada 31 Ogos 2013. Satu situasi sihat dapat dilihat di mana, banyak pihak tidak kira Badan-Badan Kerajaan, NGO (Badan-Badan Bukan Kerajaan), Institusi Pendidikan, Organisasi malah orang perseorangan berlumba-lumba untuk menjayakan pelbagai program bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan Malaysia ini. Justeru itu, pihak Kelab IM4U Kolej Komuniti Segamat 2, Johor juga tidak mahu ketinggalan untuk turut serta menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dengan menjayakan satu program yang boleh dimanfaatkan bersama masyarakat iaitu 'Program Terjah Merdeka'. ‘Terjah’ disini juga membawa maksud ‘menyelami’, ‘melangkah’ dan memperluaskan komunikasi sosial serta menyebarkan ICT dan perkhidmatan.